Kumpulan Hujan

Hezry Hafidz ~ "AG Coco" (Gitar)
Azham Ahmad ~ "Ambobzeela" (Dram)
Hujan ialah kugiran indie rock alternatif Malaysia yang terdiri daripada Noh Salleh, AG Coco, Hang Dimas dan Azham Ahmad sebagai ahli asal.[3] Bekas ahli kumpulan termasuk Nazeri Nazirul dan Azhar Imran.[4] Walaupun kugiran ini lebih dikenali membawa aliran rock alternatif, namun mereka juga turut menghasilkan pelbagai jenis genre di industri muzik Malaysia.[5][6] Kini, ahli yang tinggal ialah Noh Salleh, AG Coco, Azham Ahmad dan Izzat Uzaini.Peminat mereka dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama kugiran ke dalam Bahasa Inggeris iaitu rain (hujan) dengan tambahan akhiran -er' daripada Inggeris Pertengahan -er, -ere, daripada Inggeris Lama -ere ‎(awalan ejen), daripada Proto-Jermanik *-ārijaz ‎(awalan ejen) dengan perubahan bunyi daripada sengauan gusi kepada sengauan velar.[7]